Wednesday, March 19, 2014


. . ASSALAMUALAIKUM . .


Hello . Sabtu lepas 15 Mac 2014 . Bertempat di Kolej Komuniti Tanjung Piai . Aku mengikuti kursus membuat kek . Saja suka-suka mengisi masa lapang yg terluang . Daripada bosan dekat rumah dan tak tahu nak buat apa, better aku ambil kursus . Sekurang-kurangnya adalah jugak yg aku boleh buat kan . 

Actually first time joint rasa sangat teruja la sudah semestinya . Yela sebelum ni pun aku tak pernah lagi buat-buat kek ni . Biasanya kalau nak makan kek just beli dekat kedai aje . Tapi hari tu baru aku belajar dan tahu camne buat kek sebenarnya . Owhh,, sangat-sangat la leceh dan banyak modal yg nak kene guna untuk buat kek tu . Fuh !!! Pening kepala jugak dibuatnya . Patut la kek sekilo pn dah mahal harganya . Ish3x . . 

Tapi aku sarankan kalau boleh belilah kek Home Made . Lebih berbaloi n kalau beli dekat kedai pun kita tak tahu kan siapa yg buat kek tu? bahan apa yg dia pakai? bila kek tu dia buat? Apa yg kita tahu kita pergi kat kedai tu kek tu dah ada terpamer at kedai tu . Kita tinggal pilih je . Sebaliknya apa yg dibelakang tu kita tak tahu pun . Lagi pun kebanyakkan kedai kek kat Malaysia nie majoriti kepunyaan orang cina . So, kalau kita tak yakin halal atau pun tak better kita buat kek kita sendiri kan . Just antara rajin tak rajin je . But HOME MADE CAKE much better dan kita pun lebih yakin . 

Best sebenarnya buat kek ni . Cuma memerlukan tahap keabaran yg tinggi . Aku harap satu hari nanti bolehlah aku buat kek aku sendiri . Nak jugak rasa air tangan sendiri kan . . HEHE 
.
.
.
Antara kek yg aku buat with my team .
Tiramisu, Chocolate Indulgance, dan Blueberry Cheese Cake . Nyummy !!
















No comments:

Post a Comment