Sunday, March 23, 2014


. . ASSALAMUALAIKUM . .


Sabtu 22 Mac 2014 . Majlis dekat rumah Momo Md Zam . Baru sabtu lepas aku g jemputan dekat rumah member poli . Hari nie ada majlis pulak dekat rumah member sekolah menengah . Hewhew . hepi je rasa . y ? sebab nak jumpa my BFF la . . Actually memang rasanya dah lama sangat aku tak luangkan masa bersama kawan-kawan . Memang berharap sangat akan ada satu keadaan/event yg mana aku akan jumpa kawan-kawan kesayangan aku nie tak kira la kawan sekolah rendah, sekolah menengah, ataupun poli even kawan kerja sekali pun . Yang penting mereka ni sume yg pernah mnjadi sahabat dalam hidup aku . So aku harap sangat nak jumpa diorang . n Alhamdulillah Allah dah memakbulkan impian dan harapan aku nie walaupun aku tak dapat jumpa semua . 

BFF kesayangan nie dah lama tak jumpa . So rindu ue pasti lah melambung tinggi . So dah jumpa nie memang banyak la cerita yg nak dikongsi . Memang tak kering gusi la lepak dengan diorang nie . Kisah2 silam semua dibangkitkan semula . Cerita yg tak pernah tahu pun bole jadi tahu . Memang penat layan BFF aku nie . Tapi korang memang best n terbaik . Hope lepas nie dapat jumpa lagi . Pape pun thankz Momo sebab jemput kitorang datang majlis nie . Rasanya kalau takde majlis nie susah la nx jumpa masing2 . . Hikhik ^_^ . Friends forever . Love u my girls . 
.
.
.

with my lovely BFF 
myra, aqma n Momo





Thursday, March 20, 2014


. . ASSALAMUALAIKUM . .


Ahad 16 Mac 2014 . Hari ni merupakan hari wedding Kak Efa @ Sharifah Nor . Lokasi dekat Sungai Bagan Darat Rengit , Batu Pahat Johor . So di hari yg berbahagia nie aku nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Kak Efa dan pasangannya . Dah lama aku tak pergi wedding yg melibatkan kawan2 kahwin ni . So, kali nie aku datang meraikan persandingan classmate aku masa dekat Poli dulu . 

Apa yg aku teruja sgt nak datang sini bukannya sebab wedding member aje . Tetapi sebab aku dapat tahu ramai member-member cluz yg datang . So, diorang pun kiranya nak buat reunion cmtu . Warhhh!!! seronoknya . . dah lama aku tak jumpa classmate aku semua nie . Ada la dalam setahun lebih jugak . Rindu sangat kat diorang . So dah ada kesempatan nie baik aku joint kan . Bukan senang nak jumpa diorang ni . Masing-masing duduk jauh . Jadi memang susah nak jumpa . 

Pandai  budak-budak ni pilih tempat nak buat reunion . Time wedding day . Conferm2 la meriah kan . Huhuhu . . Pada awalnya aku tak dapat joint . Sebab apa yg aku rancang terpaksa dibatalkan sebab aku ad kelas . So aku tak dapat la nak pergi saing cik ayu mentary . Tapi last minit pd hari perkahwinan Ali contact aku ajak pergi saing alang2 dia pun takde kawan . Thankz Ali jd penyelamat . Kalau Ali tak roger memang conferm aku tak pergi wedding tu n jumpe classmate aku ni . Pape pun hari ni merupakan hari yg best bagi aku sebab dapat jumpe kawan-kawan lama dan dapat tengok member bersanding even aku just dapat jumpe diorang kejap aje . Tak dapat nak borak lama . Tapi aku puas hati dan hepi dapat jumpe sahabat tercinta . Hikhik ^_^ 
.
.







* Actually bridemaids2 time wedding nie sangat2 la comel . Shuwetttt tengok diorang . ^_~

Wednesday, March 19, 2014


. . ASSALAMUALAIKUM . .


Hello . Sabtu lepas 15 Mac 2014 . Bertempat di Kolej Komuniti Tanjung Piai . Aku mengikuti kursus membuat kek . Saja suka-suka mengisi masa lapang yg terluang . Daripada bosan dekat rumah dan tak tahu nak buat apa, better aku ambil kursus . Sekurang-kurangnya adalah jugak yg aku boleh buat kan . 

Actually first time joint rasa sangat teruja la sudah semestinya . Yela sebelum ni pun aku tak pernah lagi buat-buat kek ni . Biasanya kalau nak makan kek just beli dekat kedai aje . Tapi hari tu baru aku belajar dan tahu camne buat kek sebenarnya . Owhh,, sangat-sangat la leceh dan banyak modal yg nak kene guna untuk buat kek tu . Fuh !!! Pening kepala jugak dibuatnya . Patut la kek sekilo pn dah mahal harganya . Ish3x . . 

Tapi aku sarankan kalau boleh belilah kek Home Made . Lebih berbaloi n kalau beli dekat kedai pun kita tak tahu kan siapa yg buat kek tu? bahan apa yg dia pakai? bila kek tu dia buat? Apa yg kita tahu kita pergi kat kedai tu kek tu dah ada terpamer at kedai tu . Kita tinggal pilih je . Sebaliknya apa yg dibelakang tu kita tak tahu pun . Lagi pun kebanyakkan kedai kek kat Malaysia nie majoriti kepunyaan orang cina . So, kalau kita tak yakin halal atau pun tak better kita buat kek kita sendiri kan . Just antara rajin tak rajin je . But HOME MADE CAKE much better dan kita pun lebih yakin . 

Best sebenarnya buat kek ni . Cuma memerlukan tahap keabaran yg tinggi . Aku harap satu hari nanti bolehlah aku buat kek aku sendiri . Nak jugak rasa air tangan sendiri kan . . HEHE 
.
.
.
Antara kek yg aku buat with my team .
Tiramisu, Chocolate Indulgance, dan Blueberry Cheese Cake . Nyummy !!

















. . ASSALAMUALAIKUM . .


Hye semua . Hari nie just nak kongsikan rutin harian sepanjang 3 Mac 2014 ( Isnin ) . Full day meluangkan masa bersama En. Kekasih hati FZ . Lama tak luangkan masa bersama . So, bila dah dapat jumpa nie macam biasa la aktiviti wajib kami layan movie . We love watching movie very much ! hew3x . . ^_^
.
.
Kali nie layan movie ' NON-STOP ' 
Lokasi : BP Mall


Non-stop , thriller misteri baru dimana sesuatu yang buruk akan berlaku dan dia perlu  menyelamatkan hari itu. Neeson mempunyai kecenderungan untuk mengambil watak seorang lelaki dengan masa lalu yang bermasalah mencari ketenangan fikiran. Dalam Non-stop, beliau adalah seorang marsyal udara AS diberikan kepada penerbangan harian.

Watak Neeson itu , Bill Marks , menerima teks tanpa nama pada telefon bimbit dari salah seorang penumpang di atas kapal terbang meminta beliau untuk menetapkan pemasa selama 20 minit. Apabila Mark bertanya mengapa , orang yang tanpa nama menyatakan bahawa jika dia tidak membayar 150 juta dolar ke dalam akaun tertentu dalam masa yang diperuntukan , seseorang di atas kapal terbang akan mati. Jika seorang penumpang yg mati tidak cukup buruk, pengiraan akan bermula sekali lagi sehingga pelaku misteri menerima wangnya. Pada ketika ini , semua orang atas kapal menjadi suspek . Walaupun Mark mempunyai kepercayaan utama dan amanah , walaupun akhirnya mereka akan menjadi suspek.

Jadi yang pelakunya ? Adakah watak Julianne Moore , wanita itu tdk formal dan ingin tahu duduk sebelah dia bertanya banyak soalan peribadi? Adakah doktor? Adakah atendan penerbangan yang kelihatan malu-malu yang Rang Undang-Undang amanah , yang dimainkan oleh Michelle Dockery ? Atau adakah ia lelaki itu dengan cermin mata dan rupa curang ?

Nak tahu kesudahannya ? Jangan lupa menyaksikan Non-Stop............... ( buat iklan jap ) huhu
.
.
.

Lokasi seterusnya Seaside Pontian . 
Lepakking time sebelum balik ke rumah dan menikmati pemandangan matahari terbenam .